Giatkan diri dengan pelbagai kegiatan luar
Individu yang istiqamah dan aktif dalam sukan serta kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.Badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi
Kerap Bersenam
Kekerapan bersenam bukan sahaja mengurangkan paras keresahan , tetapi ,emgurangkan muram dan rasa rendah diri juga.Bersenam adalah unsur paling penting dalam mana-mana program anti tekanan
Ubah Diet Permakanan
Menambah berat badan akan menambah beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda.Merubah diet yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas , lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan
Kurangkan Pengambilan kopi
Kafein dalam kopi adalah bahan perangsang yang mampu meningkatkan pelbagai aktiviti manusia.Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan , menganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
Jaga Pemakanan
Elakkan daripada banyak memakan daging merah , protein dan makanan herba.Sebaliknya lebihkan memakan sayur , ulam , makanan berserat dan buah-buahan.
Berhenti Merokok
Sebahagian besar ulama mengharamkan rokok.Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik.Penafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan