Kata Pembukaan

Khamis, 27 Disember 2012

Kisah Cinta

Hmmm....sebut pasal cinta ini mesti ramai yang sedang bercinta baik lelaki mahu pon perempuan... Nikmat cinta sememangnya indah belaka bila mempunyai pasangan...boleh dikatakan tidur tak lena mandi pon tak basah sebab dibuai alam cinta yang penuh dengan kebahgian..Tapi cinta ini juga boleh membunuh bila cinta yang dilepaskan pada seseorang tidak kesampaian alangkah sedihnya cinta ini..Cinta yag suci dan ikhlas datangnya dari hati yang ikhlas disusuli dengan kesetiaan serta pengorbanan..yang paling penting restu oleh orang tua kita iaitu ibu bapa kite.. zaman sekarang cinta tak kenal usia bila cinta itu hadir dalam jiwa membuatkan hati membara kemaruk cinta yang diagungkan untuk berkekalan dengan ikatan perhubungan yang sah sampai ke pelamin..cinta yang penuh dengan kata-kata manis yang membuat hati seorang perempuam boleh cair..


Apabila cinta itu membara kite kenalah berhati-hati ketika bercinta..Cinta memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita sentiasa peka dengan apa jua yang mendatang untuk kite laluinya dengan profesional...memang seronok bila bercinta kerana ada orang yang akan mengambil berat dalam perhubungan untuk berkekalan..tapi bukan semudah untuk bercinta jika kita tidak menjiwanya sedalam-dalamnya dalam bercinta..disebabkan cinta juga boleh mencetus pengaduhan , perbalahan dan bermacam-macam lagi yang boleh mengundang bahaya..uhhh dasyat sungguh cinta ini kan...apa yang menyebabkan perkara-perkara sedemikian rupa terjadi dalam percintaan..ermmmm...cinta oh cinta...

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada sifat toleransi antara satu sama lain serta perlu juga bertolak ansur , menghormati , memahami dan tidak cemburu buta..jika semua benda ini ada dalam perhubungan maka tak hairan lah benda-benda yang buruk akan berlaku...wah bukan main lagi hamba ni...ceh wah...alangkah bagusnya hamba bila dapat bercinta...

Kerana cinta kita bahgia
Kerana cinta kita terseksa
Kerana cinta juga boleh buat kite bunuh diri