Kata Pembukaan

Ahad, 30 Disember 2012

Tangani Panas Baran Secara Fizikal

Giatkan diri dengan pelbagai kegiatan luar

Individu yang istiqamah dan aktif dalam sukan serta kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.Badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi

Kerap Bersenam 

Kekerapan bersenam bukan sahaja mengurangkan paras keresahan , tetapi ,emgurangkan muram dan rasa rendah diri juga.Bersenam adalah unsur paling penting dalam mana-mana program anti tekanan

Ubah Diet Permakanan

Menambah berat badan akan menambah beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda.Merubah diet yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas , lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan

Kurangkan Pengambilan kopi

Kafein dalam kopi adalah bahan perangsang yang mampu meningkatkan pelbagai aktiviti manusia.Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan , menganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

Jaga Pemakanan 

Elakkan daripada banyak memakan daging merah , protein dan makanan herba.Sebaliknya lebihkan memakan sayur , ulam , makanan berserat dan buah-buahan.

Berhenti Merokok

Sebahagian besar ulama mengharamkan rokok.Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik.Penafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan

Sayangku hanya untukmu

Berjanjilah denganku bahawa dirimu akan menyayangi diriku ini kerana hatiku sudah mula menyayangi dirimu..Aku mula sayangkan dirimu sejak aku mula-mula jumpa dengan dirimu , aku tidak tahu kenapa sayangku membara apabila aku dekati dirimu ingin aku katakan pada dirimu yang aku disini betul-betul sayangkan dirimu , merinduikan dirimu dan cintakan dirimu..Cintaku ini hanya lah untukmu sampai ke akhir hayat dan aku mengharapkan sinar yang aku tunggu untuk bersama denganmu selalu..aku tidak sanggup kehilangan dirimu kerana bagi aku dirimu begitu berharga bagi diri aku dan dirimu sentiasa terpahat dihatiku buat selama-lamanya..Cubalah mengerti isi hatiku ini,wajah-wajahmu yang berseri selalu bermain difikiranku tidak kira dimana aku berada itulah tanda bahawa aku sangat mencintai dirimu lebih dari nyawaku sendiri..

Aku ingin hidup bersamamu , aku ingin memiliki dirimu dan aku ingin bahagia bersamamu itu lah janji aku pada dirimu..apa yang aku harapkan cinta aku pada dirimu akan menjadi satu kenyataan pada masa akan datang..insyaallah..Aku ingin dirimu tahu yang aku ikhlas dan jujur demi menjaga perhubungan ini serta aku percaya pada takdir aku...Aku harap akan dirimu untuk menerima aku seadanya sekiranya ditakdirkan kita bersama suatu hari nanti.Hadirmu dalam hidupku telah memberikanku semangat , hadirmu telah memberikan kekuatan , hadirmu telah menyerikan kehidupanku dan hadirmu juga telah memberikan aku perubahan dalam hidupku..Aku sangat bertuah kerana mempunyai dirimu yang selalu mengambil berat akan aku , walaupun kita berdua baru berkenalan.. Aku hanya insan biasa yang memerlukan kasih sayang seseorang yang boleh buatkan hatiku gembira selalu untuk aku teruskan hidup aku ini..namun aku tidak akan berputus asa untuk memiliki dirimu.. Aku ingin kau tahu dirimu sentiasa berada dihatiku buat selama-lamanya..

Sabtu, 29 Disember 2012

Tahun 2012 sudah berakhir

Salam....

Saya disini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru (2013) Harap tahun baru ni akan memberi semangat baru dan azam yang baru untuk kite lalui..apa-apa pun enjoy semua..



Diri Aku

Salam Semua...Boring da aku..
Disini Aku nk cerita pasal diri aku sendiri...

Aku seorang yang simple aja dan mudah berkawan dengan orang..tapi aku tgk juga kawan tu macam mana...boleh masuk ke tak..yang mana kenal aku diroang akan tahu perangai aku macam mana..aku suka enjoy dengan kawan-kawan tapi tengok mood juga..kalau mood ok , ok la aku..hahaha...tengok juga enjoy yang macam mana..tak ada lah sampai enjoy sakan tak ingat dunia..Aku ni suka pendam masalah yang aku hadapi dan aku tak akan sesekali tunjukkan..melainkan diorang kawan yang boleh aku percaya aku akan kongsi..aku memang susah nak cerita dekat orang masalah aku..aku tak nak bagi beban aku kat diorang.. aku akan cuba selesaikan masalah walau pon ianya sukar.. sapa yang nak kenal aku letakkan gambar aku


hahhh..itu la gambar aku..masa tu dekat kota kinabalu..sambung balik..Aku ada prinsip hidup aku...Prinsip tu lah yang memberikan aku semangat dan kekuatan pada aku tambah lagi aku ada kawan-kawan yang banyak bagi support dekat aku..aku beryukur ada kawan-kawan seperti itu..aku ni jenis yang menghargai orang.. Orang baik dengan aku , aku baik dengan orang..dan aku tahu semua orang tak sempurna termasuk aku..Tapi bagi aku , aku cuma mahu kejar kehidupan aku setakat aku mampu..jika tak mampu aku tak putus asa...aku akan cari jalan lain itu la cara aku..Aku sekarang gembira dengan keadaan aku sekarang yang hidup sederhana tak lebih dan tak kurang..Lagi pon aku sudah dididik hidup susah dahulu dan aku cuba untuk mengubah hidup aku supaya tidak jadi macam dulu..Aku banyak belajar erti kehidupan sebelum ini dan aku tahu aku mampu mengubahnya samada cepat atau lambat je yang tinggal..dari situ akan membuatkan aku lebih gigih mengejar cita-cita aku yang aku idam-idamkan..dan aku percaya pada rezeki dan aku tahu juga apa yang berlaku pada diri aku hanyalah ujian dan dugaan..Aku harap sangat apa yang aku inginkan dalam hidup aku akan tercapai kelak..aku mampu merancang dan selebihnya hanya takdir akan tentukan hidup aku...hmmm....aku pn da tak tahu dah nak cite apa lagi , nak ikut lau cite A samapi Z mmg tak akan habis..Ni sekadar cerita yang simple aja aku post kan pasal diri aku..huhuhu..

Aku nak keluar pergi makan dulu
assalamualaikum..

Jumaat, 28 Disember 2012

Kerana Kau

Begitu sukar aku hendak melupakan Kau..kenapa susah sangat , apa istimewanya Kau ni..Sampai hampir semua orang minat kat Kau..Aku cuba melupakan Kau tapi mungkin makan masa yang lama , sebab dimana aku pergi aku tetap bawa Kau sekali tak kira mana tempat aku tuju Kau sentiasa ada dengan aku.. Kenapa ye..

Puas aku cuba untuk menjauhkan diri aku dengan Kau tapi tetap tak boleh..Salah aku juga dulu aku cuba untuk rapatkan diri aku dengan Kau last-last bila aku ingin untuk lupakan Kau begitu sukar..Aku tak mahu disebabkan Kau aku dapat bermacam-macam sakit tapi nak buat macam mana Kau dan aku dah sebati dengan aku memang tidak boleh dipisahkan...Aku tak nak salah kan Kau aku tahu Kau tak boleh buat apa-apa hanya aku sahaja yang boleh buat pada Kau..

Mungkin bagi aku kerana Kau aku sayangkan Kau dan tak mahu lepaskan Kau , tapi bagi Kau kerana Kau lah boleh buat orang merana disebabkan Kau juga orang boleh mati..Namun Kau ni memang susah nak lupakan Kau..Saban hari ke hari dan juga tahun ke tahun Kau ni memang laku kepada orang ramai..Ada yang sanggup amik Kau hari-hari..Mana taknya Bangun pagi Kau yang aku cari dulu , sebelum makan Kau juga aku cari selepas makan pon Kau lagi pastu setiap satu jam atau dua jam Kau lagi aku cari..memang Kau ni glamour betul kalah artis..hmmm..Nasib lah Kau ni tidak boleh hidup sebab Kau ni adalah ROKOK hahahah adeh...

Jadilah Seperti Harimau

Kenapa kite perlu jadi seperti harimau sebab harimau sangat peka dengan keadaan sekelilingnya.. Boleh dikatakan cepat dan tangkas pergerakkannya..Alangkah bagusnya manusia sekarang seperti harimau... Sebabnya ialah untuk mendapatkan idea dan keputusan yang baik,kite perlu sentiasa berinformasi dan berpengetahuan..Kenapa majikan lebih gemar mengambil pekerjanya yang ada berpengalaman berbanding dengan pekerja yang tiada pengalaman..kerana mereka lebih bertanggungjawb menjalankan tugasannya..Orang lama sudah biasa membuat keputusan yang tepat dan cemerlang,kerana faktor maklumat dan pengalaman yang diperoleh oleh mereka.Oleh itu kite kena pastikan kite sentiasa berwaspada dengan maklumat dan berita disekeliling kite..Banyak benda yang penting sering diremehkan oleh kite semua..

Untuk menjadi lebih berwaspada kite bayangkan yang diri kite adalah seekor harimau yang sedang memburu..Bagaimana keadaan harimau pada masa itu...Mesti dalam keadaan yang cukup bersedia dalam apa jua kemungkinan yang akan datang , begitu juga dengan kite..Setiap kali melihat maklumat dan pengetahuan di sekeliling teruslah terkam dan mendapatkan maklumat itu.Kite kena pastikan yang kite akan dapat faedah daripanya.

Peringatan  :  Dalam era kebanjiran maklumat ini kite perlu tahu menyaringkankan maklumat yang perlu kite tahu dan maklumat yang tidak perlu kita tahu..

Sekadar kongsi pengalaman..heheheh..selamat menunaikan tanggungjawab..

Khamis, 27 Disember 2012

Kisah Cinta

Hmmm....sebut pasal cinta ini mesti ramai yang sedang bercinta baik lelaki mahu pon perempuan... Nikmat cinta sememangnya indah belaka bila mempunyai pasangan...boleh dikatakan tidur tak lena mandi pon tak basah sebab dibuai alam cinta yang penuh dengan kebahgian..Tapi cinta ini juga boleh membunuh bila cinta yang dilepaskan pada seseorang tidak kesampaian alangkah sedihnya cinta ini..Cinta yag suci dan ikhlas datangnya dari hati yang ikhlas disusuli dengan kesetiaan serta pengorbanan..yang paling penting restu oleh orang tua kita iaitu ibu bapa kite.. zaman sekarang cinta tak kenal usia bila cinta itu hadir dalam jiwa membuatkan hati membara kemaruk cinta yang diagungkan untuk berkekalan dengan ikatan perhubungan yang sah sampai ke pelamin..cinta yang penuh dengan kata-kata manis yang membuat hati seorang perempuam boleh cair..


Apabila cinta itu membara kite kenalah berhati-hati ketika bercinta..Cinta memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita sentiasa peka dengan apa jua yang mendatang untuk kite laluinya dengan profesional...memang seronok bila bercinta kerana ada orang yang akan mengambil berat dalam perhubungan untuk berkekalan..tapi bukan semudah untuk bercinta jika kita tidak menjiwanya sedalam-dalamnya dalam bercinta..disebabkan cinta juga boleh mencetus pengaduhan , perbalahan dan bermacam-macam lagi yang boleh mengundang bahaya..uhhh dasyat sungguh cinta ini kan...apa yang menyebabkan perkara-perkara sedemikian rupa terjadi dalam percintaan..ermmmm...cinta oh cinta...

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada sifat toleransi antara satu sama lain serta perlu juga bertolak ansur , menghormati , memahami dan tidak cemburu buta..jika semua benda ini ada dalam perhubungan maka tak hairan lah benda-benda yang buruk akan berlaku...wah bukan main lagi hamba ni...ceh wah...alangkah bagusnya hamba bila dapat bercinta...

Kerana cinta kita bahgia
Kerana cinta kita terseksa
Kerana cinta juga boleh buat kite bunuh diri






Sayangi lah Ibu bapa Anda

Ibu adalah harta yang paling berharga bagi seorang anak..yang kite akui kemampuan ibu tiada tolok tandinganya dengan bapa...Besar lagi pengorbanan seorang ibu dari pada bapa....yang melahirkan kite sewaktu kite kecil sampai lah kite dewasa , susah senang ibu hanya ibu sahaja yang tahu seksanya , peritnya , deritanya membesarkan kite adakalanya sampai tidak ternilainya kasih ibunya kepada seorang bernama anak yang telah dikandungnya selama 9 bulan dalam perut sebelum  terkeluar nya kita melihat dunia yang penuh dengan pancaloba kehidupan..Apabila kite sudah meningkat umur dari tahun ke tahun adakah kite masih mahu melihat ibu bapa kite susah , adakah kite hanya mampu melihat sahaja atau adakah kite akan mengurangkan bebanan ibu bapa kite supaya kite boleh melihat mereka hidup senang lenang dikemudian hari..Semuanya terpulang pada kite semua yang bernama anak untuk mengubah nasib mereka...Mereka mengharapkan sesuatu yang boleh diberikan kepada mereka yang boleh buatkan mereka bahagia dari kite iaitu kasih sayang seorang anak dan membantu dari segi kewangan untuk mereka teruskan kehidupan seharian..





Kite sebagai anak haruslah mengambil berat akan kedua ibu bapa kite dan sayangi mereka selagi hayat mereka masih ada didunia ini tanpa mereka tiada lah kite didunia ini...Bila dikenangkan kembali adakah kite sanggup berkorban untuk mereka seperti mana mereka telah berkorban pada kite tepuk dada tanyalah selera masing-masing samada kite membiarkan mereka atau memelihara mereka...Tidak kiralah samada yang bujang atau pon yang sudah berumah tangga menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab seorang anak apabila kite bekerjaya....Selagi kite seorang anak sayangi lah mereka seadanya walaupon seburuk-buruk perbuatannya yang dahulu mereka tetap ibu bapa kite dunia dan akhirat..tidak akan ada penganti yang boleh menggantikan mereka lebih dari itu...Merekalah satu-satunya yang kite ada didunia ini dan hargailah pengorbanan mereka terhadap kite...Doakan kan mereka selalu supaya mereka masih berada disisi kite nescaya hidup kite akan lebih sempurna  lagi dimasa hadapan..

Rabu, 26 Disember 2012

Di Mana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan

Apa yang kite mahu dalam dunia ini..semua orang mesti ada kemahuan masing-masing betul tak..mustahil tidak ada..Dimana ada kemahuan disitu ada jalan penyelesaiannya umpama peribahasa nak seribu daya,tak nak seribu dalih..Apa yang penting kite kenalah ada usaha yang kental tanpa usaha apa yang kite mahukan tidak akan tercapai...Orang yang berjaya bermulanya dengan kemahuan yang kuat untuk berjaya..Sekarang hamba melihat zaman sekarang bermacam-macam kemahuan yang diidamkan hanya segelintir sahaja yang kemahuannya tercapai yang lain mungkin hanyut dibawa arus zaman..siapa cepat dia dapat kemahuan yang dia mahukan..Disini hamba bagi satu contoh yang mudah hamba kongsikan..

Apabila melihat seseorang berkereta,nescaya orang lain pon ingin berkereta..kerana kereta adalah satu keperluan untuk kite bergerak kemana jua yang kita mahu pergi tanpa kena panas terik mahupon hujan.

Jika kita hendak memiliki sebuah kereta apa yang patut kite lakukan adalah kite perlu kerja bersungguh-sungguh walau seteruk mana pon perkerjaan kite....oleh itu seseorang yang inginkan kereta perlulah menyimpan kewangan tak kira dengan apa cara sekali pon yang penting kite menyimpan untuk dapatkan apa yang kite mahukan..Kemahuan yang baik perlu la dididik secara sihat supaya kemahuan yang kite mahu tu kearah positif..kite perlu pastikan kemahuan yang kita hendak itu adalah kemahuan yang membina. Yakin lah pada diri sendiri bahawa kite mampu miliki apa yang kite mahukan..tidak salah jika kite berangan-angan tapi jangan sampai angan-angan tahi ayam..So apabila kemahuan yang kite inginkan jangan lah sampai melampui batas dimana kemahuan yang tidak menghormati hak orang lain..
So renung-renungkanlah yang baik datang nya baik..yang jahat datang nya jahat kite semua tidak akan lari dari semua itu..dan lagi satu jangan lah kite mudah mengalah atau putus asa dengan apa yang kite lalui ini mungkin ujian untuk menguji kite....Bila da dapat janganlah kite bagaikan kacang lupakan kulit berpada-pada dengan apa yang kite ada dan selalulah bersyukur..Bukan senang nak senang tapi nak susah senang sangat..errrmmmm....hamba pon da mata ngantuk da ni...apa-apa pon enjoy lah korang dengan cerita hari ini..selamat maju jaya...
sekian,,...

Apa itu King Darkcrow

King Darkcrow ialah Raja Gagak Hitam,dapatnya nama ini pada masa hamba belajar dulu..huhuhu..biasalah kalau kite pergi mana-mana tempat belajar samada kolej , institut atau pon universiti mesti dapat nama glamour yang akan di panggil oleh senior-senior terdahulu...So hamba dapat nama ni masa hamba belajar dekat IKBN hulu langat masa tu hamba suka sangat pakai baju warna hitam hampir semuanya warna hitam..Bila pakai baju T-shirt ke , sweater ke yang ada kolar hamba mesti naik kan kolar hahahaha....trend dak-dak remaja dulu-dulu suka naikkan kolar..Tapi nama tu belom ada lagi..terjadi nya nama tu bila hamba suka dengan burung gagak dan ade beberapa lagi binatang yang hamba suka..




Pada masa tu lah hamba dapat nama tu..bukan sahaja nama tu sahaja yang hamba dapat ada lagi nama-nama lain yang hamba dapat tapi hamba tidak mahu sebut huhuhuu...malu la....hahahhaha.. tapi tak pe nak buat macam mana lah kan apa-apa pon hamba terima je lah..yang penting nama tu tidak mengguris atau menyakitkan hati hamba...Bila difikir balik masa zaman-zaman belajar ni banyak kenangan pahit dan manis yang tidak dapat dilupakan maklumlah hamba rasa bukan hamba sahaja mesti kebanyakan semua orang... Apa-apa pon yang masih belajar teruskan belajar yang sudah bekerja terus kan bekerja ok.. jangan mals-malas..hamba cuma menasihati sahaja....huhuhuhu...


Itu aje lah yang hamba dapat tuliskan untuk nama blog hamba ini untuk pengetahuan semua orang supaya tidak ada unsur salah faham kemudian hari nanti..So hamba pon tak ada benda nak dicakapkan lagi.... da x de idea huhuu..sampai disini sahaja lah hamba dapat tulis apa-apa pun hamba undur diri....


Sekian....


Selasa, 25 Disember 2012

Pengenalan Owner Blog

Assalamualaikum semua..

Hamba disini ingin memperkenalkan diri untuk blog hamba ini..Hamba orang baru yang baru bertapak dalam dunia blogger ini.Kepada semua kaki-kaki blog senior yang telah lama bertapa hamba mohon berikan tunjuk ajar sekiranya blog hamba ini kurang menarik..Apa-apa pun hamba akan cuba yang terbaik untuk blog ini untuk menarik ramai pengunjung untuk mengunjung blog hamba ini..Dan hamba perlukan sokongan dan dorongan untuk hamba menceburinya.Harap maklum

Sekian,Terima Kasih