Kata Pembukaan

Selasa, 14 Januari 2014

Khamis, 1 Ogos 2013

Posing Sakan

Assalamualaikum semua...yo yo yo bertemu kembali.. Hari ini nak kongsi gambar raya kat tempat kerja plak..maklumlah semua di fikiran masing2 dah teringat kat kampong halaman masing2..bukan main semua pandai posing diorang ni semua..hahah..yang penting diorg semua cool baik orang bawahan atau orang atasan.. bawah ni aku letak la dulu gambar-gambar kawan-kawan aku dulu..huhuhuh..kemudian baru gambar bersama pengarah.. pepepon memang terbaik.. so tgk la gambar ni dulu yer..










Ni la gambar2nyer kemain diorang berposing kan..huhhu..

ok lepas ni aku nak share pulak gambar beramai-ramai Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber manusia dengan orang atasan dari gred tinggi hingga la gred bawah..  kemain diorg semua..hahaha...
so korang tengok la yer..







ok..siap da upload semua gambar..ni je yang mampu letak gambar-gambar ni nak letak bayank tak cukup ruang..ni lah wajah unit aku..huhuh.. oleh itu aku ucapkankan selamat hari raya kepada diorang semua..
tu jer tuk hari ini.. assalamualaikum

Nafsu - Musuh


Halloooooo......selamat malam..tengah boring skrg ni..tu duk update blog...
Nak kongsi sikit..huhuhuhu..



Hari ni nak bawak topik diatas..huhuh so nak mula tang mana ehh...ok..aku mula lah dengan apa yg aku tahu..huhuh..

Dalam diri manusia sentiasa ada nafsu betul tak..tak kisah lah nafsu apa, tapi yang pasti nafsu secara tabiinya(nature) nafsu ni memang ada niat jahat..Nafsu merupakan musuh dalam diri diri manusia yang tak dapat dikawal dan dilatih mampu mengotori hati dan menguasai akal. Walaupon begitu, nafsu tidak boleh dihapuskan dan ianya boleh diuruskan. Ia adalah sebabahagian daripada diri kita yang sangat penting untuk kelangsungan hidup..

Kite tengok pula yang ni..? Apa akan jadi kalau nafsu makan tidak? Kita tidak akan ada tenaga untuk bekerja..dan apa pula akan jadi kalau nafsu seks tidak ada??hurrmmmm...keturunan akan terhenti,generasi akan hapus musnah..


Jadi nafsu diperlukan dan ianya penting. Tapi cabaran buat kita ialah bagaimana mendidik, melatih dan menguruskannya dengan betul.. Inilah yang diperingatkan oleh Imam Ghazali yang mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar- jika mampu dijinakkan, ia akan menjadi kuda tunggangan yang baik tetapi jika sebaliknya, kuda itu akan menendang tuannya... itu lah lumrah bile manusia ada nafsu..so kite kenalah pandai menguruskannya.. itu jelah yg dapat kongsikan pada malam...okk la...selamat malam..

Ucap tama

Salam semua,


Saya disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua orang.. sambut lah hari perayaan ini dengan sederhana moga apa jua dilakukan diberkati kelak.. Kepada yang akan bercuti dan balik ke kampung halaman masing2, memandu lah dengan berhati-hati ingat lah orang yang tersayang yang selalu ada didalam diri anda.. 




so jangan lupa bawak2 ole2 tuk kampung..huhuhh.. ok la selamat semua...assalamualaikum..

Jumaat, 24 Mei 2013

Maaf Sebab Busy


Salam semua..

Minta maaf atas lama tak update blog sbb busy dgn kerja yg terlalu padat..apa-apa pun sy mohon maaf atas kesulitan..
Hari ini tak tahu nak kongsi apa masih blur lagi..cuma nak bagi tahu akan di update dgn coretan-coretan yang terkini utk paparan semua..Kepada yg pengunjung-pengunjung mengunjungi blog ini sy ucapkan terima kasih atas sokongan anda pada blog ini..moga sokongan anda dpt diteruskan lagi..

Last sekali nak ucapkan terima kasih banyak2..selamat mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini..

Sekian,terima kasih semua..

Ahad, 27 Januari 2013

Mencari sesuatu

Haii semua..selamat petang..lama tak update blog..biasalah busy sampai tak ada masa...

Hari ini aku tak tahu nak kongsi apa? Kepala tengah pusing2..ialah sekarang ni aku tengah mencari sesuatu dalam hidup aku yang masih belum aku perolehi..ialah umur makin lama makin meningkat hahaha..apa apa pun aku tetap akan berusaha untuk mencarinya demi masa depan aku..aku tak akan mengalah selagi aku mampu akan aku teruskan cuma samada cepat atau lambat saja..adehhh...lumrah kehidupan sering bermain dibenak fikiran aku ini..Kalau nak diikutkan macam-macam yang bermain dikepala aku ni...

Masa berlalu begitu pantas sekali tanpa aku sedari aku telah banyak ketinggalan mengejar kehidupan yang sempurna didalam arus kehidupan yang semakin moden..bila aku memikirkan aku berasa diri aku ini adalah  seorang insan yang rugi..apa pon tak boleh..huhuhu..aduyai..Dapatkah aku mencari dan mengejar sesuatu yang aku idamkan dln hidup aku ini..hanya berserah sahaja yang mmpu aku buat sambil menunggu kebahagian dalam hidup aku yang serba kekurangan..semua orang dalam dunia ini mesti mencarinya betul tak..mustahil tidak ada.? Dan semua orang ade kelemahan dan kelebihan yang tersendiri..huhuhu...

Sekarang ini aku berasa diri aku terasa kosong dan tidak menpunyai apa apa yang boleh membuat diri aku bahagia..alangkah indahnya jika aku memilikinya..huhhh..tapi aku tetap teruskan pencarian aku walau sukar macam mana sekali pun tetap aku redah itu lah yang perlu aku lakukan...Insyaallah dimana ada kemahuan disitu ada jalan untuk aku laluinya.. Harap apa yang aku cari selama ini akan aku milikinya suatu hari nanti.. Hmmmm..
Itu je lah yang dapat aku coretkan pada petang yang mendung tunggu masa nak hujan.. Hahahaha..

Aku undur diri dulu..assalamualaikum..

Jumaat, 11 Januari 2013

Coret-coret petang

Salam kepada semua pengunjung blog aku ni...

Hari ini aku tak tahu nak buat apa hari ini..memang bosan giler hari ini..tu yang aku tulis apa-apa je kat blog aku ni..tuk saja-saja hilangkan boring pada waktu petang ni..Lagi 40 minit lagi aku nak balik umah sebab masa keje sudah habis..sukenyer aku hari ini..sabtu dan ahad boleh aku berehat sakan..huuuuhuhh..

So korang semua apa cerita , mesti sama macam aku kan tengah bosan..biasa lah umur masih remaja time ni lah kite perlu habiskan masa remaja kita..bila dah kawin dan susah nak enjoy-enjoy ni..Dah kawin enjoynye lain enjoy dengan si isteri huuhuhuh..

Petang-petang macam ni kalau aku cuti aku habis kan masa aku dengan PS2 aku hahaha..da x de benda nak buat..nak keluar rasa malas..ikut mood juga..korang semua macam mana share lah..sharing is caring..hhuuuhu..tapi tak pe hak masing-masing betul tak..ermmm.. kan senang hidup ni tak rasa bosan rasa happy selalu je..tak benda nak fikir apa-apa , tak ada nak buat macam-macam untuk hilang kan bosan..

Apa-apa pun aku rasa seronok hari ni walau pun bosan..macam mana tu..tanya hati..huhu.. Aku nak buat apa yang patut dulu sebelum nak balik ni supaya tak ada yang tertinggal keje.. kepada semua yang bekerja selamat bekerja ok , yang belajar teruskan belajar dan yang tak keje tu pandai-pandailah cari keje..jangan harap keje datang pada kita , kita kena kejar keje tu ok..pepehal aku nak out da ni..lagi satu yang mana kunjung blog aku tu jadilah follower aku ok..assalamualaikum semua..

Khamis, 10 Januari 2013

Resepi Kejayaan

hye semua...saja kongsi-kongsi..huhuu

Bahan-bahan untuk resepi kejayaan..jangan lupa amik pen dan kertas k..hahahaha

500 gm ilmu
secubit kegigihan
1 kilo ketelitian
keazaman secukupnya
1 tin kesederhanaan
1/4 cawan kesabaran
4 biji matlamat didadu kecil
3 ulas keyakinan dihiris
2 keping kerajinan dicincang
semangkuk sahabat
6 batang perancangan
segenggam doa
tawakal secukkupnya
kesyukuran secukupnya

Kita pi pula cara-cara memasaknya..hehehehe...

Panaskan ilmu..tumiskan matlamat dan keyakinan hingga wangi.Masukkan kegigihan dan kerajinan tumis sehingga naik minyak..Kemudian masukkan ketelitian , perancangan dan kesederhanaan..Kacau hingga sebati selepas itumasukan doa , tawakal dan kesyukuran secukupnya dan akhir sekali , masukkan kesabaran..Goreng dan taburkan keazaman sehinggan sebati dan boleh dihidangkan masih ia panas gunakan sahabat untuk penghias juadah.. 

so jadilah resepi kejayaan untuk diri sendiri.. 

Rencana Suasana

Kulihat ke kiri :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kritikan , dia akan belejar mengutuk orang..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kekerasan , dia akan suka bergaduh..

Kupandang ke hadapan :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana dimana dia sentiasa diejek dia akan berasa malu tidak bertempat..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan pembohongan , dia akan belajar mengkhianati orang..

Kulihat kebawah :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan penderaan , dia akan menjadikan keganasan sebagai amalan hariannya..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kebencian , dia akan menyukai kemusnahan..

Kulihat keatas :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan tolak ansur , dia akan belajar erti kesabaran..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang mana dia sentiasa diberi galakan , dia akan lebih yakin diri..

Kulihat kekanan : 
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang mana dia dilayan dengan saksama , dia kan berlaku adil terhadap orang lain..Jika seseorang itu hidup dalam suasana persahabatan , dia akan belajar erti kasih  sayang..

Jika seseorang itu hidup dalam suasana hormat-menghormati , dia akan mudah hidup bermasyarakat..

Bagaimana pula suasana hidup korang semua???bagi mereka yang telah berkahwin , bagaimana pula suasana hidup anak-anak saudara..ini lah lumrah kehidupan..    

Rabu, 9 Januari 2013

Mencari Roomate

Salam semua...saja post iklan pulak..

Disini saya mencari roomate,kepada yang tengah mencari bilik sewa boleh lah berhubung dengan saya , mesej saya atau sebarang pertanyaan mengenai bilik tersebut bolehlah hubungi saya di  nombor yang tertera 017-2395991..

sekian terima kasih.
  

A B C Sebuah Persahabatan

A - kan menerima saudara seadanya
B - enci tiada,kasih ada
C - acian dan umpatan tidak pernah dilakukannya
D - alam hati sentiasa bersangka baik terhadap saudara
E - mas..persahabatan lebih bernilai dari emas
F - antasi dan cita-cita saudara miliknya jua berusaha untuk membantu saudara
G - agah mempertahankan saudara
H - arapan hanyalah supaya saudara gembira
I - ngatlah Allah sentiasa itu lah yang sering diucapkan
J - auhilah kemungkaran dia mengingatkan saudara
K - eikhlasan menjadi perhiasannya
L - ambat? tidak sesekali..sentiasa tepat pada waktunya
M- arah? hanya marah apabila saudara menlanggar suruhan allah
N - iatnya sentiasa baik
O - mong-omong kosong tidak pernah terucap dibibirnya
P - ertelingkahan tidak pernah menjadi harapan
Q - uran..sentiasa mengingatkan saudara untuk membacanya
R - amah
S - enyum
T - awa
U - sia yang meningkat tidak memudarkan persahabatannya
V -IP..baginya saudaralah VIPnya
W - alau saudara kaya atau miskin dia tetap disisi
X - ray...tampak jelas..dia tidak berahsia dengan saudar
Y - akin...dia sentiasa dengan kebolehan saudara
Z - iarah menjadi amalannya

Pilihan Sendiri

Hari ini aku bangun awal dan rasa bersemangat untuk meneruskan usaha bagi mencapai cita-cita yang murni.
Adakah hari ini hari yang gembira ataupun hari yang sedih buatku?terpulanglah padaku untuk memilih..
Hari ini jika hujan aku boleh merungut ataupun aku boleh bersyukur kerana aku tidak perlu menyiram pokok..
Hari ini jika aku kekurangan wang aku boleh bersedih ataupun aku boleh menjadikannya sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih dan bijaksana..
Hari ini jika aku kurang sihat aku boleh mengeluh ataupun aku boleh bersyukur kerana aku masih bernyawa lagi..
Hari ini jikaaku kurang kawan aku boleh bersedih ataupun aku boleh mengangapnya sebagai peluang untuk mencari kawan yang baru..
Hari ini jika ilmu pengetahuan aku kurang aku boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mencapai cita-cita ataupun aku boleh memulakan usaha mencari ilmu yang bermanfaat..
Hari ini jika makananku tidak sedap aku boleh merungut ataupun aku boleh bersyukur kerana aku mempunyai makanan..
Hari ini jika aku ditimpa kesusahan aku boleh menyalahkan orang lain ataupun aku boleh bersabar dan mencari jalan untuk menyelesaikannya..
Hari ini jika aku membuat kesalahan aku boleh membiarkannya begitu sahaja ataupun aku boleh memperbetulkan keadaan dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan..
Hari ini jika aku mendapat khabar buruk aku boleh menangis tanpa henti ataupun aku boleh bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya..
Hari ini jika impianku belum tercapai aku boleh mengalah ataupun aku boleh menilai diri dan perancanganku dan memperbaiki kedua-duanya..

Bagaimana dengan keadaan anda semua hari ini...??/