Kata Pembukaan

Rabu, 9 Januari 2013

Pilihan Sendiri

Hari ini aku bangun awal dan rasa bersemangat untuk meneruskan usaha bagi mencapai cita-cita yang murni.
Adakah hari ini hari yang gembira ataupun hari yang sedih buatku?terpulanglah padaku untuk memilih..
Hari ini jika hujan aku boleh merungut ataupun aku boleh bersyukur kerana aku tidak perlu menyiram pokok..
Hari ini jika aku kekurangan wang aku boleh bersedih ataupun aku boleh menjadikannya sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih dan bijaksana..
Hari ini jika aku kurang sihat aku boleh mengeluh ataupun aku boleh bersyukur kerana aku masih bernyawa lagi..
Hari ini jikaaku kurang kawan aku boleh bersedih ataupun aku boleh mengangapnya sebagai peluang untuk mencari kawan yang baru..
Hari ini jika ilmu pengetahuan aku kurang aku boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mencapai cita-cita ataupun aku boleh memulakan usaha mencari ilmu yang bermanfaat..
Hari ini jika makananku tidak sedap aku boleh merungut ataupun aku boleh bersyukur kerana aku mempunyai makanan..
Hari ini jika aku ditimpa kesusahan aku boleh menyalahkan orang lain ataupun aku boleh bersabar dan mencari jalan untuk menyelesaikannya..
Hari ini jika aku membuat kesalahan aku boleh membiarkannya begitu sahaja ataupun aku boleh memperbetulkan keadaan dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan..
Hari ini jika aku mendapat khabar buruk aku boleh menangis tanpa henti ataupun aku boleh bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya..
Hari ini jika impianku belum tercapai aku boleh mengalah ataupun aku boleh menilai diri dan perancanganku dan memperbaiki kedua-duanya..

Bagaimana dengan keadaan anda semua hari ini...??/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan