Kata Pembukaan

Khamis, 10 Januari 2013

Rencana Suasana

Kulihat ke kiri :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kritikan , dia akan belejar mengutuk orang..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kekerasan , dia akan suka bergaduh..

Kupandang ke hadapan :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana dimana dia sentiasa diejek dia akan berasa malu tidak bertempat..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan pembohongan , dia akan belajar mengkhianati orang..

Kulihat kebawah :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan penderaan , dia akan menjadikan keganasan sebagai amalan hariannya..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan kebencian , dia akan menyukai kemusnahan..

Kulihat keatas :
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang penuh dengan tolak ansur , dia akan belajar erti kesabaran..Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang mana dia sentiasa diberi galakan , dia akan lebih yakin diri..

Kulihat kekanan : 
Jika seseorang itu hidup dalam suasana yang mana dia dilayan dengan saksama , dia kan berlaku adil terhadap orang lain..Jika seseorang itu hidup dalam suasana persahabatan , dia akan belajar erti kasih  sayang..

Jika seseorang itu hidup dalam suasana hormat-menghormati , dia akan mudah hidup bermasyarakat..

Bagaimana pula suasana hidup korang semua???bagi mereka yang telah berkahwin , bagaimana pula suasana hidup anak-anak saudara..ini lah lumrah kehidupan..    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan