Kata Pembukaan

Jumaat, 28 Disember 2012

Kerana Kau

Begitu sukar aku hendak melupakan Kau..kenapa susah sangat , apa istimewanya Kau ni..Sampai hampir semua orang minat kat Kau..Aku cuba melupakan Kau tapi mungkin makan masa yang lama , sebab dimana aku pergi aku tetap bawa Kau sekali tak kira mana tempat aku tuju Kau sentiasa ada dengan aku.. Kenapa ye..

Puas aku cuba untuk menjauhkan diri aku dengan Kau tapi tetap tak boleh..Salah aku juga dulu aku cuba untuk rapatkan diri aku dengan Kau last-last bila aku ingin untuk lupakan Kau begitu sukar..Aku tak mahu disebabkan Kau aku dapat bermacam-macam sakit tapi nak buat macam mana Kau dan aku dah sebati dengan aku memang tidak boleh dipisahkan...Aku tak nak salah kan Kau aku tahu Kau tak boleh buat apa-apa hanya aku sahaja yang boleh buat pada Kau..

Mungkin bagi aku kerana Kau aku sayangkan Kau dan tak mahu lepaskan Kau , tapi bagi Kau kerana Kau lah boleh buat orang merana disebabkan Kau juga orang boleh mati..Namun Kau ni memang susah nak lupakan Kau..Saban hari ke hari dan juga tahun ke tahun Kau ni memang laku kepada orang ramai..Ada yang sanggup amik Kau hari-hari..Mana taknya Bangun pagi Kau yang aku cari dulu , sebelum makan Kau juga aku cari selepas makan pon Kau lagi pastu setiap satu jam atau dua jam Kau lagi aku cari..memang Kau ni glamour betul kalah artis..hmmm..Nasib lah Kau ni tidak boleh hidup sebab Kau ni adalah ROKOK hahahah adeh...