Kata Pembukaan

Ahad, 30 Disember 2012

Sayangku hanya untukmu

Berjanjilah denganku bahawa dirimu akan menyayangi diriku ini kerana hatiku sudah mula menyayangi dirimu..Aku mula sayangkan dirimu sejak aku mula-mula jumpa dengan dirimu , aku tidak tahu kenapa sayangku membara apabila aku dekati dirimu ingin aku katakan pada dirimu yang aku disini betul-betul sayangkan dirimu , merinduikan dirimu dan cintakan dirimu..Cintaku ini hanya lah untukmu sampai ke akhir hayat dan aku mengharapkan sinar yang aku tunggu untuk bersama denganmu selalu..aku tidak sanggup kehilangan dirimu kerana bagi aku dirimu begitu berharga bagi diri aku dan dirimu sentiasa terpahat dihatiku buat selama-lamanya..Cubalah mengerti isi hatiku ini,wajah-wajahmu yang berseri selalu bermain difikiranku tidak kira dimana aku berada itulah tanda bahawa aku sangat mencintai dirimu lebih dari nyawaku sendiri..

Aku ingin hidup bersamamu , aku ingin memiliki dirimu dan aku ingin bahagia bersamamu itu lah janji aku pada dirimu..apa yang aku harapkan cinta aku pada dirimu akan menjadi satu kenyataan pada masa akan datang..insyaallah..Aku ingin dirimu tahu yang aku ikhlas dan jujur demi menjaga perhubungan ini serta aku percaya pada takdir aku...Aku harap akan dirimu untuk menerima aku seadanya sekiranya ditakdirkan kita bersama suatu hari nanti.Hadirmu dalam hidupku telah memberikanku semangat , hadirmu telah memberikan kekuatan , hadirmu telah menyerikan kehidupanku dan hadirmu juga telah memberikan aku perubahan dalam hidupku..Aku sangat bertuah kerana mempunyai dirimu yang selalu mengambil berat akan aku , walaupun kita berdua baru berkenalan.. Aku hanya insan biasa yang memerlukan kasih sayang seseorang yang boleh buatkan hatiku gembira selalu untuk aku teruskan hidup aku ini..namun aku tidak akan berputus asa untuk memiliki dirimu.. Aku ingin kau tahu dirimu sentiasa berada dihatiku buat selama-lamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan