Kata Pembukaan

Jumaat, 4 Januari 2013

Belajar Selagi Boleh Belajar

Salam semua...apa khabar..harap semua sihat belaka..

Disini ingin aku kongsi sedikit nasihat walau pon tak seberapa tapi insyaallah suatu hari nanti korang semua mesti mahu belajar kelak..apa yang aku ingin kongsikan ialah "SENI MEMPERTAHANKAN DIRI"..Hari ini aku terlintas di fikiran untuk menulis topic tersebut untuk memberi sedikit nasihat termasuk aku juga tidak ketinggalan walau pon aku belum untuk belajarnya lagi..Hari ini kita tengok semakin hari semakin berleluasa kes jenayah berlaku dinegara kita ini..Dalam hal aku tak mahu babitkan sesiapa sahaja serta mengaibkan sesiapa juga..apa yang penting diri kita sendiri dan juga keluarga kita..Aku sedih bila menonton televisyen ada sahaja kes-kes jenayah yang melibat orang ramai..sedar tak sedar kita terlalu rugi sebab tiada ilmu seni untuk mempertahankan diri kita dan juga keluarga kita daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini..Bila kes seumpama ini berlaku mula lah masing-masing menuding jari tanpa rasa besalah..sebenarnya kita yang patut rasa besalah kerana gagal melakukan apa-apa tindakan apabila berlakunya kes didepan mata kita..

Banyak faktor yang menyebabkan kes-kes jenayah berlaku di negara kita antaranya keluar malam seorang diri tanpa kawan , berjalan di lorong yang tiada orang lalu lalang , dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya pada diri kita terutamanya wanita..ini la penyebabnya belakunya jenayah yang sukar dibendong atas kecuaian diri kita sendiri , Dan yang terbaru kes penderaan kanak-kanak yang tidak berdosa..Apa Nak jadi dengan rakyat kita sekarang yang terlampau mementingkan diri itu belom lagi dengan kes jenayah yang berat yang kita ketahui macam-macam berlaku dinegara ini... Dimanakah sifat berkeperimanusian ini..??? Tidak kah rasa besalah apabila kita , tidak ada rasa tanggungjawab dengan keadaan sekeliling kita..Jangan lah kita hanya bersikap lepas tangan dengan apa yang berlaku didepan mata kita..Jika kita lihat dinegara luar lagi dashyat jadinya berbanding dengan negara kita , tapi belum tentu keadaan akan sentiasa selamat sekirannya kita tidak amik sikap amik peduli..

Sebab itu SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ini perlu kita belajar walaupon ia agak lasak bagi wanita , mahu pon golongan lelaki..Bukan satu halangan untuk kita belajar demi menjaga diri sendiri daripada berlakunya pelbagai kemungkinan yang akan berlaku pada kita akan datang nanti..Oleh itu mahu tidak mahu ini lah cara yang terbaik bagi mengelakkan kes-kes jenayah yang ada dinegara kita ini..Sediakan payung sebelum hujan itu lah ungkapan yang sesuai..so akhir kata sampai disini sajalah perkongsian aku ini..Sama-sama lah kita cegah bersama kes-kes jenayah ini menjadi sifar..

Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan