Kata Pembukaan

Ahad, 6 Januari 2013

Erti Persahabatan

Selamat malam semua....

Malam ni aku nak kongsi cerita sikit huhuhuu...tengah boring tu yang duk update blog ni hahaa aku nak cerita sekarang...

Persahabatan terjalin apabila dua orang bertemu samada lelaki atau pon perempuan yang boleh kita bawak kawan , kawan yang sama-sama susah dan yang sama-sama senang..Zaman sekarang ni nak mencari kawan yang boleh kita percaya pon susah ye la ada yang suka tikam belakang ada yang jenis suka buat mulut dan bermacam-macam ragam lagi yang boleh kita bayangkan dibenak fikiran kita..Persahabatan yang kekal lama bergantung pada cara kita bergaul , cara kita bercakap dan cara kita menyesuaikan diri dengan sahabat kita atau pon kawan kita..Aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan yang boleh aku percaya dan yang boleh aku meminta pertolongan bila tiba masanya aku memerlukannya.. Aku dengan kawan aku tidak pernah berkira antara satu sama lain , ibaratkan kami semua macam adik beradik dalam satu rumah walaupon kami jarang berjumpa tapi kami satu kepala , susah senang kami bersama-sama laluinya..Adakalanya kadang-kadang hati aku terdetik berkata kenapa sekarang baru aku terjumpa kawan-kawan yang sedemikian mungkin ini adalah satu dugaan pada aku , yang menguji kekuatan mental dan fizikal aku supaya tabah menghadapi segala musibah yang datang..

Walaupon kita mempunyai ramai kawan tidak semua kawan yang kita kawan akan menolong kita masa kita susah , kenapa aku cakap begitu..aku amik contoh apabila anda terdesak memerlukan wang siapa yang akan tolong kita melainkan keluarga kita sudah tentu kawan-kawan kita..Seramai mana pon kawan yang kita kawan hanya seorang atau dua sahaja yang akan menolong kita..Kawan yang menolong kita itu lah kawan sejati yang boleh kita buat kawan sampai bila-bila tapi kita kena ingat bila kawan sudah menolong kita jangan lah kita lupakan kawan yang tolong kita,,macam aku cakap kan tadi bukan semua orang akan tolong kita so bila sudah ada kawan yang sedemikian jaga lah persahabatan itu supaya ia kekal selamanya kerana kita tidak akan jumpa kawan yang macam ni lagi sekiranya kita tidak tahu menghargai nilai persahabatan yang terjalin..Cari lah jika korang akan jumpa atau tidak kawan yang betul-betul boleh bawak kawan..Selain daripada adik beradik kawan-kawan juga memainkan peranan penting pada kita dalam hidup kita , tanpa kawan-kawan hidup kita tidak akan barmakna  umpama katak di dalam gelas , dia nampak sekeliling tapi dia tidak mampu untuk keluar dari dalam gelas..Sebab dia keseorangan dan tidak siapa mahu menolong dia keluar dari gelas tersebut..Berkawan lah seramai mana pon hendak berkawan selagi tidak melampaui batas pergaulan yang boleh mengguris atau menyakiti hati kawan-kawan kita , bila hati kawan kita sudah terguris maka hilang lah kawan-kawan kita disebabkan itu juga persahabatan kita tidak akan kekal lama..Disini aku cuma luahkan apa yang ada dalam fikiran aku untuk aku kongsikan tidak ada kena mengena dengan orang lain..so korang renung-renungkan lah..selamat malam semua.. 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan