Kata Pembukaan

Isnin, 7 Januari 2013

Menungan Demi Menungan

Haii...Selamat Petang semua...

huhh..apa yang kita menungkan selama ini..apa sebabnya kita termenung..Disini aku nak kongsi sedikit dalam topix hari ini..

Seorang pemimpin apa bila termenung korang rasa apa yang dia menungkan tak lain tak bukan mesti terkenangkan masalah yang dihadapi oleh ummahnya dan apakah yang boleh dilakukannya untuk menyelesaikan masalahnya.

Apabila seorang guru termenung mesti terkenangkan para pelajarnya adakah cukup segala pengajaran yang diberikan kepada para-para pelajarnya..jika kita seorang guru mesti kita akan berfikir seumpamanya

Macam mana pula dengan usahawan yang termenung , kalau orang ini termenung dia akan terkenangkan prestasi syarikatnya dan sejauh manakah syarikatnya menyumbang pada pembangunan negara..

Penulis pula jika dia termenung dia mesti teringat pada para pembaca-pembaca karyanya dalam hati kecil seorang penulis berkata adakah karya aku ini manfaat hasil tulisan aku untuk pembaca diluar sana..

Macam-macam ragam menungan yang kita lihat..

Kita pergi pula pada seorang pendekar bila termenung mesti dia akan terkenangkan pengorbanan para pejuang kebenaran yang terdahulu..La ni aku teruskan lagi dengan seorang belia termenung mesti akan terkenangkan masa depan ummahnya apa yg perlu dilakukan untuk menjamis masa depan mereka semua..Seorang pengurus pula bila termenungka teringat la akan prestasi anak-anak buahnya dan bagaimana cara untuk membantu mereka untuk terus berkembang maju..Apabila seorang pencipta pula bila termenung akan terkenanglah nasib masyarakatnya yang ketandusan inovasi dan kreativiti..

huhuhh..so apa lagi watak yang perlu..kalau macam tu kita tengok para petani pula bila termenung akan terkenang lah tanamanya samada akan membuahkan hasil atau pon tidak..Seorang pegawai kerajaan termenung teringatlah pada karenah birokrasi yang masih menebal dan mencari idea bagaimana caranya untuk aku menyumbang ke arah mengurangkan karenah birokrasi..

Dan akhir skali apabila seorang doktor pula yang termenung maka beliau akan terkenagkan masyarakatnya yang kurang mementingkan kesihatan , dalam hati berbisik bilalah mereka akan berhenti merokok termasuk dirinya..hahahhaha..adeh..kita tahu bahawa menungan mereka kearah yang begitu namun soalnya sekarang apakah yang kita menungkan samada sama macam yang diatas ataupun lebih banyak yang kita menungkan dari mereka.. Apa-apa pon kita semua akan termenung apabila masalah datang dan akan berfikir macam mana cara untuk kita hadapi dan cuba selesaikannya betul tak..hurmm..tak ada apa dah..tunggu idea lain datang..wasalam semua..   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan