Kata Pembukaan

Selasa, 8 Januari 2013

Jika Boleh Kuputarkan Masa

Assalamualaikum...Bertemu kembali..Hanya nak share satu petikan
semoga dapat kita renung-renungkan bersama.

Jika boleh kupuratkan masa,
aku akan lebih menghargai ibu bapaku,
akan kulayan mereka dengan baik,
kini tiada ertinya lagi,
kerana mereka sudah kembali kepada -Nya.

Jika boleh kuputarkan masa,
akan kutaati guruku,
akan ku ikut segala nasihatnya,
kini tiada ertinya lagi,
kerana Aku la orang yang tiada pelajaran. 

Jika boleh kuputarkan masa,
aku akan bercita-cita tinggi,
dan bukan sekadar cukup makan,
kini tiada ertinya lagi,
kerana aku la orang yang gagal.

Jika boleh kuputarkan masa,
akan kucari sahabat yang baik,
akan ku hindari kawan yang merosakkan aku,
kini tiada ertinya lagi,
kerana aku la orang yang banyak dosa.

Jika boleh kuputarkan masa,
aka ku kurangkan pembaziran,
kini tiada ertinya lagi,
kerana aku tidak ada wang.

Jika boleh kuputarkan masa,
akan ku manfaatkan masa mudaku,
berpeleseran?tidak sekali-kali,
kini tiada ertinya lagi,
kerana aku la orang yang randah akhlaknya.

Jika boleh kuputarkan masa,
akan kudidik anak-anaku,
tidakku biarkan mereka hanyut,
kini tiada ertinya lagi,
kerana aku ditinggalkan dirumah kebajikan.
              


Tiada ulasan:

Catat Ulasan