Kata Pembukaan

Selasa, 1 Januari 2013

Hidup Perlu Ada Cita-cita

Anda ada cita-cita? Mesti adakan.. Jika kita tengok pada hari ini ada sesetengah orang tidak ada cita-cita , kemungkinan kite akan menghadapi masalah dimasa hadapan nanti..Malah kite mungkin tidak ada masa depan kerana kita tidak ada cita-cita yang kita mahukan atau pon yang kita kejar kelak..

Dalam hidup ini cita-cita itu penting untuk menentukan hidup kita pada masa akan datang Cita-cita boleh dibuat dalam pelbagai bentuk ikut apa yang kita mahu,,contohnya mungkin anda bercita-cita ingin bergaji besar pada satu masa , mungkin juga ada yang inginkan pangkat seperti pengurus ke pengarah ke dan sebagainya , mungkin juga ada sesetengah ingin ceburi dalam perniagaan serta dapat keuntungan yang besar dan ada juga yang cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi..Macam-macam cita-cita yang kita tengok yang orang akan kejarkan untuk merebutnya betul tak...Tanpa cita-cita kita akan meraba-raba mencarinya yang kita pon tidak tahu..

Yang penting kita mesti mempunyai cita-cita. Cita-cita inilah yang akan memberi kita motivasi untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan lelah..Begitulah hidup tanpa cita-cita kita akan lesu dan tidak bermaya untuk menghadapi hidup ini...Oleh itu tetapkanlah cita-cita anda supaya hidup ini akan jadi lebih sempurna serta kita tahu ke mana arahnya untuk kita tuju..Gagal bukan bermakna kita gagal seumur hidup yang perlu ada ,kita kena tanam sifat tidak pernah berputus asa demi mengejar cita-cita yang kita mahukan..Moga suatu hari nanti akan kita dapat juga akhirnya..Selamat Berusaha ok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan