Kata Pembukaan

Selasa, 1 Januari 2013

Lihat Ke Dalam Diri

Tiada siapa yang akan tahu apa yang ada dalam diri kita , apa yang ada dalam pemikiran kita , apa yang tersemat di sanubari kita , apa yang tersembunyi di hati kecil dan apa yang merangsang minda..Tiada sesiapa yang akan tahu melainkan diri kita sendiri..

Kita perlu melihat ke dalam diri kia sendiri dan cuba menyelami sanubari..Kita perlu menganalisa detak hati kecil hati kita ini..Kita perlu memahami tuntuan naluri..Kita perlu meneliti perkembangan minda kita.Kita sendiri perlu lakukan semua ini bukan orang lain..Sesungguhnya tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum , melakinkan kaum itu sendiri mengubahnya.

Kini kita perlu melihat ke dalam diri bagi menilai kekuatan ataupun kelemahan diri kita sendiri..Faktor-faktor dalaman diri yang membezakan kita dengan orang lain..Kita perlu tahu tentang diri kita sendiri khususnya diri dalaman..Zahirnya kita sama dengan orang lain..Kita mempunyai muka dengan dua biji mata , hidung , dua telinga , mulut , dua tangan dan dua kaki..Kita juga dibekalkan dengan lima pancaindera iaitu penglihatan , pendengaran , rasa , bau dan sentuhan..Pada lahirnya kita sama  dengan individu lain..Tetapi kenapa setiap individu berbeza pencapaiannya dalam hidup ini walaupun mereka sama..

Disini , terbukti faktor dalaman yang  membezakan antara kita dengan individu lain..Pemikiran , hati kecil , perasaan , naluri dan kemahuan yang membezakan kita dengan individu lain..Faktor dalaman inilah yang membezakan si kaya dengan si miskin , si cerdik dengan si bodoh serta individu yang berjaya dengan individu yang gagal..Pemikiran adalah unsur dalaman diri yang besar pengaruhnya kepada tingkah laku dan sikap..Malah , ia mempengaruhi keseluruhan hidup kita..Pemikiran adalah anugerah ataupun harta yang tidak ternilai harganya yang dianugerah Tuhan kepada kita semua manusia..Malangnya tidak ramai yang tahu menghargai dan menilai pemberian yang tidak ternilai harganya..Kita perlu menginsafi hakikat ini>>Manfaatkan lah sepenuhnya kekuatan pemikiran kita..Pemikiran yang kita miliki adalah sama jika dibandingkan dengan pemikiran individu lain.

Otak dan fungsi otak dicpta oleh Tuhan sama sahaja kepada semua manusia bezanya ialah samada macam mana mengawal dan memanfaatkan fungsi otak..Bagi individu yang normal iaitu yang tidak mengalami kecacatan otak , fizikal otak manusia hampir sama dari segi senua saraf , kekuatan dan potensinya..Apa yang menetukan kelebihan otak seseorang itu adalah keupayaan mengeksploit ataupun memanfaatkan fungsi otak..Lihat lah dalam diri kita sedalam-dalamnya kenali lah diri kita supaya kita mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan